Hari ini dalam sejarah. Besar sejarah ni. Patut masuk dalam buku sejarah untuk budak-budak darjah satu. Tau tak, tak lama lagi budak sekolah rendah pun ada matapelajaran sejarah. Nasib lah baik saya dah habis sekolah. Hahaha. Tak suka belajar history. Tak tau la kenapa. Mungkin sebab subject tu bosan kot. Masa zaman persekolahan dulu, waktu subject sejarah je mesti tak datang sekolah. Hahaha. Kalau waktu sejarah tu waktu terakhir, confirm lepas rehat saya balik. Nanti call mak suruh ambik. Baru la cikgu tak banyak tanya. EEE... Jahatnya kau ni Jian. Nasib baik jadi orang.
Barbalik pada cerita asal kita ya, hari ini dalam sejarah, saya telah melakukan sesuatu yang saya kira, amat membanggakan. Dalam perjalanan saya ke tempat kerja iaitu dari Klang ke Setapak, di lebuhraya NKVE, saya lihat banyak road block beroperasi di beberapa lokasi sepanjang lebuhraya tersebut. Kebanyakan kenderaan yang di tahan adalah lori-lori besar, trailer, dan juga motosikal.
Ketika saya sedang seronok menyanyikan lagu Selamat Malam nyanyian Faizal Tahir, saya ternampak seorang polis di tepi jalan memanggil-manggil saya, memberi isyarat ke tepi. Tau tak macam mana polis bagi isyarat suruh kita ke tepi? haa.. macam tu lah.
Saya dengan nervous nya perlahankan kenderaan lalu berhenti di tepi polis tersebut. Saya membuka tingkap kereta. Tak sempat saya nak cakap apa-apa, polis tu dah tanya dulu, "ada apa cik?".
Saya, dalam keraguan, dan masih lagi nervous menjawab, "tadi en panggil saya".
Polis berkenaan mula membuat reaksi yang tak berapa positive. Lalu saya terus berkata, "tak apa lah encik. Saya jalan dulu".
Mana la saya tau ada lori besar belakang saya.




0 comments:
Post a Comment