Weekend hari tu, mak dah bising-bising suruh kemas rumah. Nasib baik dah 'raya' so kalau penat pun boleh tuuuut. Hehehe. Mak kate kertas yang mana tak nak guna, letak dlm kotak, mak nak jual kat paper lama. Dapat duit wooo. Banyak wooo. Serius tak tipu. Hari tu sahaja dapat RM20. Tu tak campur lagi dengan besi buruk. Campur-campur semua dapat dalam RM100. Bayangkan betapa banyak sampah dalam umah! Sekarang rumah dah lengang sikit. Perabot-perabot yang dah tak nak pun dah selamat kat tong sampah.
Tengah syok kemas-kemas, susun buku-buku lama, tiba terjumpe 1 kotak. Kotak kasut Vincci. Buka kotak nampak ade gambar-gambar. Dalam hati terdetik, "where did all this come from?". Tengok-tengok gambar ex boypreng rupanya. Hahahaha. Tiba-tibe je all the memories came back to me. Pernah tengok citer That's so Raven tak? Masa Raven datang psychic power dia tu. Macam tu lah gaya saya. Setiap kali tengok gambar, teringat 1 insident. Tengok lagi 1 gambar, teringat insident yang lain pula.
Saya tenung gambar tu lama-lama. Dalam hati berkata "I used to love you. Used to. Tapi sekarang, I'm in love with the most amazing guy I have ever met." Yes, he is amazing, compared to all the guys that I've been with. In fact, he is way better than you.
Rasa bodohnya menangis dekat orang macam awak. Menangis sebab putus cinta. Kononnya la kan. Frust menonggeng. Tapi kan, bila saya fikir-fikir balik, cinta saya tak pernah putus. Cinta saya dengan Allah tak pernah putus. Cinta saya terhadap keluarga saya pun tak pernah putus. Lepas tu saya bercinta dengan orang lain pula. Dan cinta itu bertambah-tanbah lagi. Cinta saya sentiasa ada. Masakan kita boleh cakap kita putus cinta?
=)




0 comments:
Post a Comment