voooooommmmmmmm.... Pagi tadi, semasa dalam perjalanan balik ke klang, lebih kurang 10 buah kereta Ferrari lintas saya. Dalam hati masa tu, wow!! kenapa ramai sangat orang pakai kereta Ferrari? Murah sangat ke kereta tu? Lu pikir lah sendiri. hahaha
Saya tersangatlah teruja, saya menoleh ke arah meraka. Masa tu saya telah mengukir senyuman yang paling manis. Lebar dan manis. 2 element yang penting untuk mengorat seseorang. Senyum punya senyum, seorang pun tak pandang. Adoi! kerek betul kereta Ferrari ni.
Dengan rasa marah, terus telefon mak (perlu diingatkan, harus lah memakai hands free apabila menggunakan telefon ketika memandu).
Jehan: Mak, tadi kan ade 10 biji kereta Ferrari lintas Jian.
Mak: Jian tak menyelit kat tengah-tangah kereta Ferrari tu?
Jian: Tak.. Jian semyum je kat diorg, tapi sorg pun tak pandang (dengan nada yang sangat sedih).
Mak: Laaa.. memang la die tak pandang Jian, dah Jian bawa Kancil panau, memang la diorg tak pandah.
*****terus letak phone*****
Panau tak panau. At least saya ada kereta. Tak susah nak kemana-mana. Tak payah penat-penat nak berjalan atau tunggu bas dan sebagainya. Kira bersyukurlah kalau nak dibandingkan dengan orang yang jalan kaki. Sekurang-kurangnya saya tak kene panas, tak kene hujan. Kan kan kan! =)
Lagi 1, kalau naik kereta kecik, terasa macam muda. Kalau nak nampak lebih efek muda, tampal sticker P. Confirm macam budak baru habis sekolah baru dapat lesen. Jyeah! Hahaha.




0 comments:
Post a Comment