Monday, March 29, 2010

Roda-roda kehidupan. Oyeah.

Kali ni post saya serius sedikit ya. Serius. Serius. Tak boleh gelak. Saya cuma nak ingkat kan kepada semua orang, dan juga peringatan untuk diri saya juga.

Hidup ni bagaikan roda. Ada masa kita di atas. Dan ada masa kite di bawah.

Allah nak duga kita sebenarnya. Jangan ingat Dia duga kita masa-masa susah sahaja. Masa senang pun Dia duga juga. Dia bagi kita rezeki yang melimpah-ruah. Dia bagi kite kebahagian. Dia bagi kita macam-macam. Kita ingat tak nak bersyukur kepadaNya? Ingat, bila-bila masa, dalam sekelip mata Dia boleh bagi, dan sekelip mata juga Dia boleh tarik semuanya. So tak heran lah kalau sekaya-kaya orang, dalam sekelip mata boleh jadi pape kedana. Dan semiskin-miskin orang dalam sekelip mata boleh jadi jutawan.

Just remember, kalau kita rasa kita dah cukup besar, ada orang yang lagi besar dan hebat dari kita. Kalau kita rasa kita dah cukup kaya, ada orang yang lagi kaya daripada kita. Dan kalau kita rasa kita ni sangat susah dan malang, ada lagi orang yang lebih malang dari kita.

Always bersyukur and banyak-banyak berdoa kepadaNya.

Renung-renungkan dan selamat beramal. =)

0 comments:

Post a Comment

 
Powered by Blogger